Perintah Tuhan yang ke 8: "Jangan berbohong"(Kel.20:16), mengajar kita supaya bercakap benar dan betul. Ini bererti kalau kita bersalah, kita seharusnya mengakui kesalahan kita agar kita mempunyai ketenangan didalam hati kerana tidak berbohong. Dan perbuatan mengaku kesalahan juga membantu kita didalam proses pertobatan untuk memperbaiki perbuatan kita yang salah. Sesungguhnya, hanya apabila kita bercakap benar dan mengakui kesalahan maka, kita ada harapan untuk memperbaiki kesalahan kita kepada jalan yang benar. Tetapi, sekiranya kita berbohong maka sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat mengubah dan memperbaiki kesalahan kita kepada cara hidup yang benar dan baik. Selain daripada itu, kita juga tidak ada kedamaian dan ketenangan didalam jiwa dan raga kita, jika kita terus-menerus berbohong. Dan ini boleh menyebabkan kita akan dihantui dengan perasaan bersalah sehingga tidak ada kedamian, ketenangan dan kebahagian sepanjang hidup kita di dunia ini.
Jestu itu, jika kita bersalah atau telah melakukan kesilapan, akuilah kesalahan tersebut dengan penuh kerendahan hati. Minta ampun dan selepas itu berusaha sedaya-upaya untuk mengubah kehidupan yang salah kepada kehidupan yang lebih baik dan iklas tanpa apa-apa pembohongan agar kita dapat hidup dengan aman dan damai.
Berikut adalah beberapa sebabnya mengapa orang berbohong: 1) Tidak mahu mendapat malu; Tutup malu; 2) Mahu menutup kelemahan dan kesalahan kerana tidak mau orang lain tahu bahawa dia bersalah; 3) Mahu menunjukkan kepada orang lain bahawa dia adalah orang yang baik dan iklas."; 4) Takut mendapat hukuman atau denda; 5) Mahu menyelamatan keadaan yang buruk; 6) Tamak; mementingkan keuntungan/kepentingan diri sendiri; 7) Tidak mahu rugi; 8) Takut meminta maaf; 9) Takut kena marah; 10) Takut dipandang rendah dan hina; 11) Takut kehilangan orang yang disayangi; 12) Takut kehilangan kedudukan dan status.
Apa saja alasan kita, kalau dah bersalah adalah lebih baik, kita mengakui kesalahan kita daripada berbohong. Sebab itu, marilah kita belajar dan supaya sentiasa bercakap benar dan iklas didalam segala hal dan berani mengakui kesalahan kita, sekiranya kita telah bersalah. Sebab itu, jika kita telah melakukan sesuatu yang jahat atau salah maka akuilah kesalahan berkenaan dengan segera supaya mendapat kedamaian dan ketenangan jiwa yang berterusan. Sesungguhnya, Tuhan itu Maha pengasih dan Maha pengampun, Dia sentiasa mengampuni orang yang bertobat dengan iklas. Sebab itu, jangan ragu-ragu mengakui kesalahan sendiri dan bertobat. Kerana selagi kita tidak mengakui kesalahan kita, selagi itulah kita tidak akan berubah! Tetapi apabila kita mengakui kesalahan kita maka, lebih mudahlah kita untuk memperbaiki kesalahan agar menjadi orang yang beriman lebih baik dan kudus.
Akhir sekali, janganlah kita takut untuk bercakap benar meskipun, perbuatan ini mungkin akan merendahkan maruah dan memalukan kita. Kerana apa yang penting didalam kehidupan kita, selaku manusia yang percaya kepada Tuhan ialah keiklasan dan kejujuran didalam segala hal termasuklah didalam hal yang melibatkan kelemahan dan kesalahan kita. Kerana apabila kita mengakui kesalahan kita, aksi ini akan membawa pengampunan dan kedamaian serta ketenangan didalam hidup kita. Sebab itu, marilah menjadi orang-orang yang iklas dan rendah hati, dan tanpa kata-kata pembohongan yang keluar dariapada mulut kita. Pendek kata, jujurlah selalu.(Honesty is the best policy!).Amin