Saturday, December 14, 2013

Bila Letih lesu dan susah

Yesus berkata: "Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu"(Matius 11:28).

Apabila kita menghadapi atau mengalami kesusahan atau masalah, apakah jalan penyelesian yang kita ambil? Apa tindakan yang kita buat untuk mengatasinya? Jalan mudah dan cepat? Cara duniawi? Membelakangi Firman Tuhan?

Ada kecenderungan dikalangan kita dimana kita biasa menyelesaikan masalah atau kesusahan dengan tidak menitik-beratkan samada keputusan atau tindakan yang kita ambil itu bertentangan atau tidak dengan pengajaran Tuhan. Yang dipentingkan ialah perkara itu selesai tanpa mengambil-kira ajaran Tuhan didalam Alkitab. Kalau perkara ini berlaku maka, tidak hairanlah jika pelakunya akan menghadapi masalah yang lebih berat lagi iaitu jatuh kedalam dosa. Kerana tindakan dan perbuatan yang diambilnya adalah bertentangan dan tak sejajar dengan Firman Tuhan.

Hal seperti ini sepatutnya kita elakkan kerana kita adalah orang Kristian. Jestru itu, setiap tindakan dan keputusan yang diambil untuk mengatasi sesuatu masalah haruslah berdasarkan kepada pengajaran Tuhan sebagaimana tercatat didalam Alkitab. Ini bererti, kita mencari penyelesian "cara Kristiani" dengan bertanya," Apakah pengajaran Tuhan didalam hal ini? Apa kata Alkitab? Apa pengajaran Gereja didalam hal ini? Ini sangat penting dihayati supaya keputusan yang diambil untuk menyelesaikan masalah adalah  berdasarkan "Kehendak Tuhan" dan bukannya kehendak dan kemahuan diri sendiri. Jadi, bila kita ada masalah, datanglah kepada Tuhan Yesus dan mohonlah bantuan dan bimbingan daripada-Nya. Jangan segan dan jangan takut kerana Tuhan sentiasa membantu orang yang jujur dan iklas memohon bantuan daripada-Nya. Maka dengan itu, bila ada masalah atau kesusahan didalam hidup DATANGLAH KEPADA TUHAN YESUS DAHULU. Janganlah mendahulukan cara duniawi tetapi utamakan dahulu cara Tuhan. Amin.



Monday, November 25, 2013

Hikmat;Pelajaran

Alkitab menyatakan bahawa:" Berbahagialah orang yang mendapat hikmat, orang yang memperoleh kepandaian, 14 karena keuntungannya melebihi keuntungan perak, dan hasilnya melebihi emas."(Proverbs 3:13-14).

Sesungguhnya, untuk mendapatkan hikmat dan kepandaian kita harus utamakan pelajaran. Kerana pelajaran itu adalah sangat penting sekali didalam hidup kita semasa berada didalam dunia ini. Pelajaran bukan sekadar tertumpuh pada masa persekolahan tetapi juga selepas alam persekolahan. Ini bererti pelajaran sepanjang masa dengan membaca buku-buku yang berguna dan menonton program-program TV  yang berguna. Disamping itu, kita boleh juga  menghadiri seminar-seminar atau kursus-kursus yang memberi kita ilmu yang baru dan berguna didalam kehidupan kita setiap hari. Jestru itu, tidak rugi menimba ilmu pelajaran sebanyak yang mungkin kerana ianya berguna didalam hidup kita.

Belajar banyak-banyak dan jangan lupa kongsikan juga kepada orang lain. Kerana ilmu itu bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain. Ini bererti kita berbakti kepada sesama manusia melalui perkongsian ilmu.Jadi, janganlah bersifat kedekut didalam hal membantu orang yang lemah didalam pelajaran. Tolonglah yang lemah agar mereka juga menjadi manusia yang berilmu dan berguna.

Ilmu pelajaran adalah kurnia Tuhan Allah dan DIA telah memberi  kita perbagai ilmu yang berguna didalam hidup kita. Jestru itu, apa yang kita dapat daripada Tuhan Yang Maha Esa kita kongsi atau bagi-bagi juga dengan sesama insan secara gratis atau percuma. Kerana Tuhan telah memberikan kita ilmu tanpa bayaran , maka kita juga memberi ilmu tanpa meletakkan harga . 

Bah! Selamat belajar dan selamat berkongsi ilmu.

Friday, October 25, 2013

Jahat

"Jangan berbuat jahat, maka yang jahat takkan menimpa dirimu, jauhilah durjana, necaya engkaupun akan dihindarkannya pula"(Sirakh 7:1-2).

Sesungguhnya tidak ada guna dan tidak ada keuntungan untuk melakukan kejahatan semasa hidup didalam dunia ini. Kerana bila kita mati, pengadilan  daripada Tuhan akan menanti kita. Sebab itu, kalau ada buat kejahatan, maka bertobatlah sebelum meninggalkan dunia ini. Lebih baik bertobat daripada mendapat "sebat" di kemudian hari. Jestu itu, apa saja jenis kejahatan  yang kita lakukan samada kecil atau besar, ringan atau berat, BERHENTILAH  dan ubahlah  diri  menjadi manusia yang sebaik mungkin. Jangan berlengah. Kerana lebih cepat bertobat lebih baik. 
Bila bertobat atau berubah, Jangan alang-alang atau separuh hati. Buatlah yang terbaik untuk  menjadi manusia yang baik,  jujur, iklas dan beriman sepenuh hati kepada Tuhan.

Wednesday, October 16, 2013

Takut akan Tuhan

"Kemolekan adalah bohong dan
kecantikan adalah sia-sia
tetapi isteri yang takut akan
Tuhan dipuji-puji"
(Pengkhotbah 31:30).
Walau bagaimana pun orang yang cantik tetap menawan!(Hehehe...)

Tuesday, August 20, 2013

Baik dan Jahat

Firman Tuhan: "Carilah yang baik dan jangan yang jahat , supaya kamu hidup;... Bencilah yang jahat dan cintailah yang baik"(Amos 5:14-15). Apa yang kita cari didalam hidup ini? Wang? Harta? Pangkat? Tanah? Kedudukan? Kekayaan? Mencari hal-hal ini  tidaklah salah. Yang penting kita mencarinya dan mendapatkannya dengan cara yang baik dan dengan keadah yang betul dan murni. Jangan mencarinya dengan menggunakan cara yang salah dan jahat.  Sebab itu, kita harus membenci yang  cara yang jahat untuk mendapatkan perkara-perkara yang  disebut tadi. Dan mencintai cara yang baik untuk mendapatkannya agar kita mempunyai fikiran yang tenang dan kehidupan yang bahagia. Jestru itu, marilah kita sentiasa membenci yang salah dan jahat. Dan sentiasa mencintai yang benar, betul dan baik. Marilah kita melaksanakan pengajaran daripada Alkitab ini didalam hidup kita setiap hari agar Tuhan dipermuliakan dan kita diberkati-Nya. Amin.

Monday, June 24, 2013

Renung-renunglah...

Mari kita renung Firman Tuhan seperti berikut:

 1) "Lebih baik menjadi orang kecil tetapi berkerja untuk diri sendiri, daripada berlagak orang besar tetapi kekurangan makanan"(Amsal 12:9).

2) Di jalan kebenaran terdapat hidup; tetapi jalan kemurtadan menuju maut(Amsal 12:28).

3) Keangkuhan hanya menimbulkan pertengkaran, tetapi mereka yang mendengar nasihat mempunyai hikmat(Amsal 13:10);

4) Harta yang cepat diperolehi akan berkurang, tetapi siapa mengumpulkan sedikit demi sedikit, menjadi kaya(Amsal 13:11).

Sunday, May 5, 2013

Injil

  1. "Hendaklah kehidupan mu berpadanan dengan Injil Kristus..."(Filipi 1:27a). Apakah kita mengenal apa itu INJIL KRISTUS? Apakah kita mengenal Kristus dan menerima semua ajaranNya yang terdapat didalam Injil? Kalau tidak maka, berusahalah untuk mengetahuinya. Dan kalau kita dah tahu, apakah kita hidup menurut ajaran Yesus yang terdapat didalam Injil? Renunglah secara mendalam dan bertindaklah sesuai dengan kedudukan dan keperluan anda. Bah, selamat mengenal Injil dan Tuhan Yesus Kristus. Dan kalau dah tahu, jangan lupa melakukannya didalam kehidupan setiap hari dan jangan lupa "Share-sharelah"(bagi-bagilah) dengan  orang lain. Amin.