Yesus berfirman," Waspadalah, jangan sampai kamu disesatkan. Sebab banyak orang akan datang dengan memakai namaKu dan berkata "Akulah Dia" atau " Saatnya sudah dekat. Janganlah kamu mengikuti mereka"(Lukas 21: 8)
Friman Tuhan Yesus ini sudahlah Dia sampaikan kepada para pengikutNya. Lebih daripada 2000 tahun yang lalu. AjaranNya ini bukan saja untuk mereka di masa itu tetapi ia juga untuk kita semua dimasa kini. Kerana memang banyak gereja agama baru yang muncul seperti cendawan yang memakai nama Tuhan Yesus. Mereka juga menggunakan Alkitab sebagai landasan ajaran mereka kerana inilah cara mereka untuk mendapat pengikut. Inilah teknik mereka disamping memburuk-burukkan Gereja yang didirikan oleh Tuhan Yesus sendiri. Mereka bertindak demikian sememangnya ada unsur-unsur untuk kepentingan diri sendiri. Kalaulah mereka mahu maklumkan Tuhan Yesus, kenapa tidak mengikuti atau menajdi ahli Gereja yang didirikan oleh Tuhan Yesus sendiri?
Yaaa.....mereka mempunya ialasan dan hujah-hujah sendiri. Mereka berhak untuk melakukan itu kerana manusia tidak pernah diikat okeh Tuhan untuk mengikuti KehendakNya. Manusia bebas untuk membuat keputusan sesuai dengan keyakinan dan kemahuan dirinya sendiri. Bagi kita yang dah mengikuti Gereja yangdidirikan oleh TuhanYesus, kita janganlah menjatuhkan penghakiman kepada mereka. Kita hormatilah jalan yang telah mereka pilih kerana Tuhan sendiri pun tidak memaksa mereka untuk menjadi anggota GerejaNya.
Walau bagaimana pun, kita haruslah sentiasa berwaspadalah dengan pengajaran orang lain yang mendirikan agama atau gereja sendiri supaya kita tidak disesatkan. Kita mestilah bersandarkan kepada Tuhan Yesus didalam apa pun keadaan terutama sekali bila kita menghadapi orang-orang yang cuba menyesatkan kita dan cuba memisahkan kita daripada Tuhan Yesus dan daripada GerejaNya. Jestru itu, SENTIASALAH BERWASPADA. Amin.
Sharing Pak Janggut
Sunday, November 13, 2016
Saturday, August 30, 2014
Malas; rajin
"Orang yang malas tidak akan menangkap buruannya, tetapi orang yang rajin akan memperoleh harta yang berharga"(Amsal 12:27).
Petikan Alkitab ini mengingatkan kita supaya jangan bersifat malas. Kerana kemalasan tidak mendatangkan kejayaan dan kemajuan didalam hidup. Jadi, kalau kita mahu Berjaya dan maju didalam hidup ini, kita mestilah rajin dan tabah berusaha. Contohnya seorang pelajar tidak akan maju dan Berjaya didalam pelajarannya jika dia malas belajar dan malas pergi ke sekolah. Sebaliknya pelajar yang rajin belajar dan aktif ke sekolah akan mendapat kejayaan didalam pelajarannya.
Jadi jelas sekali bahawa Tidak ada kejayaan tanpa usaha yang gigih. Sifat malas adalah mengundang kegagalan. Jestru itu, marilah menjadi manusia yang menjauhkan kemalasan dan menjadikan sifat yang rajin menjadi pegangan didalam segala hal didalam hidup kita setiap hari supaya kita menikmati kemajuan dan kebahagian didalam hidup. (Bah......rajin-rajinlah berusaha dan jangan malas-malas kio......). Demikanlah kata-kata renungan daripada Pak Janggut. God bless you all. Amen).
Petikan Alkitab ini mengingatkan kita supaya jangan bersifat malas. Kerana kemalasan tidak mendatangkan kejayaan dan kemajuan didalam hidup. Jadi, kalau kita mahu Berjaya dan maju didalam hidup ini, kita mestilah rajin dan tabah berusaha. Contohnya seorang pelajar tidak akan maju dan Berjaya didalam pelajarannya jika dia malas belajar dan malas pergi ke sekolah. Sebaliknya pelajar yang rajin belajar dan aktif ke sekolah akan mendapat kejayaan didalam pelajarannya.
Jadi jelas sekali bahawa Tidak ada kejayaan tanpa usaha yang gigih. Sifat malas adalah mengundang kegagalan. Jestru itu, marilah menjadi manusia yang menjauhkan kemalasan dan menjadikan sifat yang rajin menjadi pegangan didalam segala hal didalam hidup kita setiap hari supaya kita menikmati kemajuan dan kebahagian didalam hidup. (Bah......rajin-rajinlah berusaha dan jangan malas-malas kio......). Demikanlah kata-kata renungan daripada Pak Janggut. God bless you all. Amen).
Thursday, June 5, 2014
Yesus
YESUS berkata, "AKULAH JALAN, KEBENARAN DAN KEHIDUPAN" (Yoh 14:6). Jadi, kalau kita sudah mengikuti Tuhan Yesus maka tabahkanlah hati dan setialah mengikuti-Nya sepanjang hidup. Jangan menyimpang atau mengikuti jalan-jalan yang lain kerana hanya satu jalan yang benar menuju kepada Allah Bapa di Surga iaitu melalui Tuhan Yesus. Dialah satu-satunya JALAN yang benar ke Surga. Inilah kebenaran yang utuh dan penuh. Dan kebenaran ini membawa kita kepada kehidupan abadi. Kerana kepenuhan kebenaran adalah Tuhan Yesus sendiri dan kehidupan abadi adalah didalam tangan-Nya. Kerana Dialah Tuhan, penebus dan penyelamat umat manusia. Jestru itu, janganlah mencari jalan, kebenaran dan kehidupan yang lain kerana didalam Tuhan Yesus kita memiliki segal-galanya. Jestru itu, ikutilah DIA sampai menghembuskan nafas yang terakhir diduni ini. Amin.
Tuesday, March 11, 2014
SEMANGAT P.B.S
Kini kita didalam musim Prapaska(sebelum Paska/Easter) dimana pada musim ini kita diingatkan supaya mendukung semangat P.B.S! Ini bukan ada kaitan dengan politik bah...tetapi ada kena-mengena dengan kerohanian hidup kita terutama sekali di dalam kontex Pertobatan: "Bertobatlah....."(Matius 4:17).
P=Puasa: "Apabila kamu berpuasa, janganlah muram mukamu...supaya jangan dilihat atau diketahui orang bahawa kamu sedang berpuasa..."(Matius 6:16-18).Jadi dimusim Prapaska ini kita diundang dan diminta untuk berpuasa bukan saja dari segi makanan dan minuman tetapi lebih-lebih lagi berpuasa daripada membuat perkara-perkara yang jahat. Kerana ini membawa kepada dosa. Jestru itu, kita diingatkan agar membuat perkara-perkara yang baik dan berguna sepanjang musim Prapaska ini agar kita lebih diberkati Tuhan Allah.
B=Beri derma:"Hendaklah sedekahmu(dermamu) itu diberikan secara tersembunyi..."(Matius 6:4). Di musim ini juga kita diingatkan supaya membantu orang-orang yang miskin dan susah dengan memberi bantuan dalam bentuk wang atau material atau keperluan seharian seperti makanan. Selain daripada itu, jangan lupa menderma dari segi bakat, masa dan tenaga juga seperti melakukan kerja-kerja amal. Jadi, rajin-rajinlah menderma sesuai dengan kemampuan dan kedudukan. Beri dengan iklas dan jujur. Jangan memberi kerana mengharapkan balasan atau sambil mencari nama. Berilah derma dengan senang hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari si penerima. Ingatlah Tuhan memberkati orang yang murah hati dan ringan tangan.
S=Sembayang: "Apabila kamu berdoa......masuklah kedalam bilikmu..."(Matius 6:5-6). Bah, jangan lupa meluangkan masa untuk bersama-sama dengan Tuhan dengan berdoa lebih atau meningkatkan aksi doa terutama sekali kalau jarang berdoa. Cubalah perbaiki diri. Janganlah malas-malas berdoa. Kalau jarang ke Gereja maka cubalah mulakan langkah untuk ke Gereja lagi. Rajin-rajinlah pergi Sembayang dan juga sembayang secara peribadi baik di rumah atau dimana saja anda berada. Dan berdoalah secara tetap dan mantap!
Sebenarnya, Seruhan utama dimusim PraPaska ini ialah BERTOBATLAH. Ubah kehidupan yang jahat menjadi baik dan yang dah baik buat kehidupan itu lebih baik dan yang dah berada ditahap lebih baik, majulah ketahap yang terbaik. Dan seandainya anda sudah di tahap "Terbaik" bah...kekalkan. Jangan jatuh ketahap yang rendah pula.
Ok! Mari kita sama-sama mendukung semangat P.B.S sepanjang musim PraPaska ini. Semoga melalui Tuhan Yesus, kita semua diberkati oleh Tuhan Allah. Amin.
Wednesday, March 5, 2014
Harta
"Jangan percaya pada harta benda yang diperoleh dengan tidak adil,
sebab tidak berguna sedkit pun pada hari sial."(Sirakh 5:8).
Mencari dan mengumpul harta benda atau kekayaan secara tidak adil dengan menggunakan cara yang tidak bermoral dan jahat adalah salah dan haram. Kekayaan yang didapati secara jahat bukanlah menjadi suatu berkat dan kebahagian tetapi menjadi sumber kesedihan, kerisauan, kebimbingan dan kesusahan. Ini bukan saja semasa hidup di dunia tetapi lebih-lebih lagi setelah meninggalkan dunia ini.
Harta yang diperolehi dengan cara yang jahat tidak mendapatkan kebahagian yang sejati. Jestru itu, kalau ingin mencari harta atau kekayaan gunakanlah cara yang baik dan mulia supaya apa yang dimiliki nanti membawa ketenangan dan kebahagian yang sejati didalam hidup. Maka dengan itu, janganlah menggunakan cara yang jahat untuk mencari kekayaan. Pendek kata, carilah kekayaan dengan cara yang baik, bermoral, iklas dan jujur.
Saturday, December 14, 2013
Bila Letih lesu dan susah
Yesus berkata: "Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu"(Matius 11:28).
Apabila kita menghadapi atau mengalami kesusahan atau masalah, apakah jalan penyelesian yang kita ambil? Apa tindakan yang kita buat untuk mengatasinya? Jalan mudah dan cepat? Cara duniawi? Membelakangi Firman Tuhan?
Ada kecenderungan dikalangan kita dimana kita biasa menyelesaikan masalah atau kesusahan dengan tidak menitik-beratkan samada keputusan atau tindakan yang kita ambil itu bertentangan atau tidak dengan pengajaran Tuhan. Yang dipentingkan ialah perkara itu selesai tanpa mengambil-kira ajaran Tuhan didalam Alkitab. Kalau perkara ini berlaku maka, tidak hairanlah jika pelakunya akan menghadapi masalah yang lebih berat lagi iaitu jatuh kedalam dosa. Kerana tindakan dan perbuatan yang diambilnya adalah bertentangan dan tak sejajar dengan Firman Tuhan.
Hal seperti ini sepatutnya kita elakkan kerana kita adalah orang Kristian. Jestru itu, setiap tindakan dan keputusan yang diambil untuk mengatasi sesuatu masalah haruslah berdasarkan kepada pengajaran Tuhan sebagaimana tercatat didalam Alkitab. Ini bererti, kita mencari penyelesian "cara Kristiani" dengan bertanya," Apakah pengajaran Tuhan didalam hal ini? Apa kata Alkitab? Apa pengajaran Gereja didalam hal ini? Ini sangat penting dihayati supaya keputusan yang diambil untuk menyelesaikan masalah adalah berdasarkan "Kehendak Tuhan" dan bukannya kehendak dan kemahuan diri sendiri. Jadi, bila kita ada masalah, datanglah kepada Tuhan Yesus dan mohonlah bantuan dan bimbingan daripada-Nya. Jangan segan dan jangan takut kerana Tuhan sentiasa membantu orang yang jujur dan iklas memohon bantuan daripada-Nya. Maka dengan itu, bila ada masalah atau kesusahan didalam hidup DATANGLAH KEPADA TUHAN YESUS DAHULU. Janganlah mendahulukan cara duniawi tetapi utamakan dahulu cara Tuhan. Amin.
Monday, November 25, 2013
Hikmat;Pelajaran
Alkitab menyatakan bahawa:" Berbahagialah orang yang mendapat hikmat, orang yang memperoleh kepandaian, 14 karena keuntungannya melebihi keuntungan perak, dan hasilnya melebihi emas."(Proverbs 3:13-14).
Sesungguhnya, untuk mendapatkan hikmat dan kepandaian kita harus utamakan pelajaran. Kerana pelajaran itu adalah sangat penting sekali didalam hidup kita semasa berada didalam dunia ini. Pelajaran bukan sekadar tertumpuh pada masa persekolahan tetapi juga selepas alam persekolahan. Ini bererti pelajaran sepanjang masa dengan membaca buku-buku yang berguna dan menonton program-program TV yang berguna. Disamping itu, kita boleh juga menghadiri seminar-seminar atau kursus-kursus yang memberi kita ilmu yang baru dan berguna didalam kehidupan kita setiap hari. Jestru itu, tidak rugi menimba ilmu pelajaran sebanyak yang mungkin kerana ianya berguna didalam hidup kita.
Sesungguhnya, untuk mendapatkan hikmat dan kepandaian kita harus utamakan pelajaran. Kerana pelajaran itu adalah sangat penting sekali didalam hidup kita semasa berada didalam dunia ini. Pelajaran bukan sekadar tertumpuh pada masa persekolahan tetapi juga selepas alam persekolahan. Ini bererti pelajaran sepanjang masa dengan membaca buku-buku yang berguna dan menonton program-program TV yang berguna. Disamping itu, kita boleh juga menghadiri seminar-seminar atau kursus-kursus yang memberi kita ilmu yang baru dan berguna didalam kehidupan kita setiap hari. Jestru itu, tidak rugi menimba ilmu pelajaran sebanyak yang mungkin kerana ianya berguna didalam hidup kita.
Belajar banyak-banyak dan jangan lupa kongsikan juga kepada orang lain. Kerana ilmu itu bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain. Ini bererti kita berbakti kepada sesama manusia melalui perkongsian ilmu.Jadi, janganlah bersifat kedekut didalam hal membantu orang yang lemah didalam pelajaran. Tolonglah yang lemah agar mereka juga menjadi manusia yang berilmu dan berguna.
Ilmu pelajaran adalah kurnia Tuhan Allah dan DIA telah memberi kita perbagai ilmu yang berguna didalam hidup kita. Jestru itu, apa yang kita dapat daripada Tuhan Yang Maha Esa kita kongsi atau bagi-bagi juga dengan sesama insan secara gratis atau percuma. Kerana Tuhan telah memberikan kita ilmu tanpa bayaran , maka kita juga memberi ilmu tanpa meletakkan harga .
Bah! Selamat belajar dan selamat berkongsi ilmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)