Sunday, November 13, 2016

Waspadalah

Yesus berfirman," Waspadalah, jangan sampai kamu disesatkan. Sebab banyak orang akan datang dengan memakai namaKu dan berkata "Akulah Dia" atau " Saatnya sudah dekat. Janganlah kamu mengikuti mereka"(Lukas 21: 8)

Friman Tuhan Yesus ini sudahlah Dia sampaikan kepada para pengikutNya. Lebih daripada 2000 tahun yang lalu. AjaranNya ini bukan saja untuk mereka di masa itu tetapi ia juga untuk kita semua dimasa kini. Kerana memang banyak gereja agama baru yang muncul seperti cendawan yang memakai nama Tuhan Yesus. Mereka juga menggunakan Alkitab sebagai landasan ajaran mereka kerana inilah cara mereka untuk mendapat pengikut. Inilah teknik mereka disamping memburuk-burukkan Gereja yang didirikan oleh Tuhan Yesus sendiri. Mereka bertindak demikian sememangnya ada unsur-unsur untuk kepentingan diri sendiri. Kalaulah mereka mahu maklumkan Tuhan Yesus, kenapa tidak mengikuti atau menajdi ahli Gereja yang didirikan oleh Tuhan Yesus sendiri?

Yaaa.....mereka mempunya ialasan dan hujah-hujah sendiri. Mereka berhak untuk melakukan itu kerana manusia tidak pernah diikat okeh Tuhan untuk mengikuti KehendakNya. Manusia bebas untuk membuat keputusan sesuai dengan keyakinan dan kemahuan dirinya sendiri. Bagi  kita yang dah mengikuti Gereja yangdidirikan oleh TuhanYesus, kita janganlah menjatuhkan penghakiman kepada mereka. Kita hormatilah jalan yang telah mereka pilih kerana Tuhan sendiri pun tidak memaksa mereka untuk menjadi anggota GerejaNya.

Walau bagaimana pun, kita haruslah sentiasa berwaspadalah dengan pengajaran orang lain yang mendirikan agama atau gereja sendiri supaya kita tidak disesatkan. Kita mestilah bersandarkan kepada Tuhan  Yesus didalam apa pun keadaan terutama sekali bila kita menghadapi orang-orang yang cuba menyesatkan kita dan cuba memisahkan kita daripada Tuhan Yesus dan daripada GerejaNya. Jestru itu, SENTIASALAH BERWASPADA. Amin.